Sunday, March 16, 2008

Rintihan Kemerdekaan


Kemerdekaan ini,
Satu anugerah Tuhan…sinaran keberkatan,
Satu nikmat…pancaran kesyukuran,
Memberikan kita wadah hikmah,
Penuh Sejarah,
Membawa seribu erti,
Mencalit seribu makna,
Tidak lagi…dibelanggu,
Tidak lagi…terbelenggu,
Oleh kuasa luar,
Nan jauh.

Kemerdekaan ini bukan mudah,
Bangsaku…
Tanah ini pernah meratap,
Tanah ini pernah menangis,
Tanah ini pernah meraung,
Demi pertiwi…
Biar putih tulang,jangan putih mata,
usah digundahkan,
Maruah bangsa mesti dipertahankan,
Demi tatapan generasi wawasan,

Berjanjilah bangsaku,
Pekalah dengan pengorbanan ini,
Isilah kemerdekaan ini dengan sewajarnya,
kitalah warga merdeka berjiwa besar,
Tanpa sekelumit gentar,
Bersemangat patriotisme!
Kelangsungan ini…
Marilah kita,
…hadapai panahan suria bersama,
…hadapi dingin hujan bersama,
…hadapi kilat banjir bersama,
Dengan asas yang dibina.

Kini masyhur harum menjulang nama,
Kini bangun-bangun pelangi penuh cita-cita,
Bumi merdeka,
Mekar Sinarnya,
Kemana-mana sahaja.


Oleh:

Nur Hazlina bt. Mohd Fisol

Wednesday, March 5, 2008

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Merdeka!

akhirnya.. kita dapat mendengar laungan merdeka dari Bapa Kemerdekaan kita Dato tunku Abdul Rahman... oleh itu kita selalu taat kepada negara kita. walau apa pun kita kena berterima kasih kepada Tuhan sebab kita dilahirkan di negara yang aman dan damai..... senyumlah selalu...

Wednesday, February 27, 2008

Personaliti Wanita

Dato Siti Norma bt. Yaacob

Dato' Siti Norma Bt. Yaakob merupakan hakim wanita yang pertama di negara kita. Beliau dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan pada 6 Julai 1940. Beliau memulakan kerjanya pada Jun 1963 apabila dilantik sebagai Penolong Pendaftar Kanan di Makamah Persekutuan. Pada Januari 1967 beliau telah dilantik pula sebagai Presiden Wanita Mahkamah Seksyen yang pertama. Pada tahun 1988, Dato' Siti Norma telah dinaikkan pangkat menjadi Hakim Wanita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, sekali gus menjadi wanita pertama yang menyandang jawatan tersebut. Sebagai tanda pengiktirafan beliau telah dianugerahkan Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan pada Julai 1987. Beliau telah mendapat "Barrister of Law" di Gray's Inn, London. Beliau pernah menjadi Ahli Konsul Eksekutif, Eisenhower Fellows Association Malaysia semenjak 1992 dan kemudiannya dilantik sebagai hakim di Mahkamah Rayuan pada 17 September 1994.

adik-adik kat luar sana.. tengoklah wanita juga memperjuangkan untuk kemerdekaaan negara kita... baguskan.. mmm janganlah kita rendah diri perempuan boleh buat apa saja..kita nie sama taraf dengan lelaki apa... beranikan diri.. kita perlu yakin kepada diri kita sendiri.. bangunlah berani menempuhi cabaran...

Personaliti di dalam Islam

Haji Abdullah Fahim


Haji Abdullah Pak Him bukan sahaja mengembangkan Islam di Seberang Perai, tetapi beliau telah mengajar di Kuala Kangsar ketika pemerintahan Jepun di Malaysia. Semasa di Kuala Kangsar baginda Sultan Iskandar pernah berbincang dengannya dalam masalah Agama kerana baginda sangat berminat dalam hal Agama. Beliau pernah menolak tawaran menjadi Syeikh al-Islam Kedah kerana bimbang meninggalkan sekolahnya yang sedang berkembang. Walau bagaimanapun setelah desakan yang sangat kuat oleh pihak berkuasa dan demi menjaga kedudukan Islam beliau terpaksa menerima jawatan Mufti yang pertama di Pulau Pinang setelah merdeka. Beliau menjadi Mufti selama 5 tahun.


Kebolehan dan kepintaran Haji Abdullah Pak Him memang tidak dapat dinafikan, di samping seorang mufassir (ahli tafsir), ahli falak dan ahli hadis beliau juga seorang yang pintar dalam syair-syair arab. Semangat kemelayuan Haji Abdullah Pak Him sangat kuat. Beliau membuat tindakan yang keras ke atas orang yang anti-Melayu. Beliau pernah menyerang dan meninggalkan suatu majlis yang cuba mengecil-ngecilkan orang Melayu. Beliau juga mengecam golongan yang cuba memecah-belahkan orang-orang Melayu dengan ajaran-ajaran selain dari Mazhab Syafie. Haji Abdullah Pak Him juga mengharapkan orang Islam tidak berselisih faham antara satu sama lain malah bersatupadu bagi mengukuhkan kedudukan.
orang Islam bertungkus lumus untuk mendapatkan merdeka untuk negara kita..merekalah yang menyebarkan Islam di negara kita..

Personaliti di dalam Pendidikan

TOKOH-TOKOH KEBANGSAAN

Zainal Abidin Ahmad (Zaaba)


Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Zaaba dilahirkan pada tahun 1895 di Bukit Kampung Kerdas, Jempol, Kuala Pilah. Beliau terima pendidikan formal dan keagamaannya di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan orang Melayu pertama untuk duduk peperiksaan Senior Cambridge Examination. Beliau lulus peperiksaan pada 1915 dan bermula kariernya sebagai guru sekolah di Johor Bahru (1916 - 1918). Beliau kemudiannya ditukarkan ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (1918 - 1923); Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur (1923); Sultan Idris Guru-guru Kolej, Tanjung Malim (1924 - 1939); Jabatan Maklumat, Singapura (1939 - 1942); Sekolah yang Oriental dan Kajian-kajian Afrika, Universiti London (1947 - 1951) dan Universiti Malaya, Singapura (1954 - 1959).


Zaaba memiliki berbakat dalam penulisan dan adalah seorang pengemar membaca. Kebanyakan penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan majalah-majalah seperti di Utusan Melayu; Lembaga Melayu; Pangasuh dan Pakar Majalah. Beliau telah menerbitkab beberapa monographic siri dalam Bahasa Melayu termasuk Bahasa Pelita popular Malay dan Malay Elmu Mengarang. Zaaba yang lulus jauh dalam 1973. Zaaba yang meninggal dunia pada 1973 dan merupakan salah satu budak lelaki kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang yang terkemuka muncul dalam sejarah Malaysia.
mereka nie semua adalah tokoh pendidikan yang memberi banyak sumbangan kepada kita.. contohnya dari segi menerbitkan banyak buku-buku... kita boleh membaca buku-buku tersebut sekarang juga...

Tokoh Pejuang...

Perkembangan tentang penyelidikan sejarah Malaysia dan masyarakatnya masih berada pada tahap yang agak baru. Justeru itu, penulisan sejarah terdahulu yang menyentuh tentang masyarakat tempatan sebagai wira negara jarang sekali ditemui. Namun demikian, terdapat beberapa personaliti sejarah tempatan yang telah memberi sumbangan yang penting kepada negara sepanjang hayat mereka. Melalui kegigihan mereka, generasi kini dapat menikmati kehidupan yang selesa di negara yang indah dan membangun ini. Kebangkitan Empayar Melayu Melaka pada awal kurun ke-15 dan kemudiannya campur tangan kuasa-kuasa asing di dalam pentadbiran Negeri-negeri Melayu telah mendorong masyarakat tempatan mengamalkan seni silat atau seni mempertahankan diri. Justeru, wujud ramai pahlawan Melayu yang handal dan amanah kerana hampir semua golongan masyarakat, termasuk orang kampung, kerabat diraja serta wanita, telah mempelajari dan menguasai ilmu persilatan. Di antara pahlawan-pahlawan Melayu yang terkenal adalah Hang Tuah, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Dol Said, Tok Janggut, Mat Salleh, Datuk Maharaja Lela, Tok Gajah, Datuk Bentara Luar Johor, Rentap dan Tun Perak.
Seorang pahlawan Melayu dikehendaki melalui pelbagai tahap dan ujian di dalam seni mempertahankan diri bagi membina disiplin, keberanian dan sikap rendah diri. Status dan taraf seseorang pahlawan bergantung kepada bakti yang telah dicurahkan, integriti yang tinggi dan kemajuan yang telah dicapai. Seorang pahlawan yang mahir di dalam silat tidak memerlukan sebarang senjata untuk menewaskan musuhnya.


Seorang pahlawan Melayu harus mematuhi tataetika tertentu ketika bertarung dan ketika aman. Dua kumpulan yang bertarung harus bersetuju tentang peraturan-peraturan pertarungan sebelum ia dimulakan. Peraturan-peraturan tersebut merangkumi tarikh, masa, tempoh rehat, permulaan dan akhir pertarungan dan sebagainya. Pertarungan sebegini bukan sahaja membawa kemenangan kepada satu pihak tetapi turut memastikan keadilan kepada kedua belah pihak. Sesiapa yang tercedera harus diberikan rawatan, manakala yang terkorban pula dikebumikan. Jika satu pihak berundur meninggalkan medan pertarungan, ini menandakan ia telah mengaku kalah dan kemenangan mutlak berpihak kepada pihak lawan. Penjajah Barat dengan senjata moden mereka telah memusnahkan cara dan etika sistem pertarungan ini.


Seorang pahlawan biasanya memakai seluar yang pendek dan longgar ke paras lutut serta anak baju pendek yang dikenakan dengan ikatan kain di pinggang. Kain ikat kepala dililit supaya rambut tersusun rapi. Keris dan ada kalanya sejenis lagi senjata kecil akan diselitkan ke ikatan pinggang. Dia juga membawa sebatang lembing dan perisai yang diperbuat daripada besi, kulit, rotan atau kayu.
Kewujudan dan fungsi pahlawan Melayu serta martabat dan darjat yang dikecapi mereka telah merosot dan beransur-ansur hilang apabila penjajah barat tiba di tanah Melayu dengan teknik dan senjata peperangan mereka yang moden.



TOKOH-TOKOH KEBANGSAAN



Tok Gajah

Tok Gajah adalah ayah kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau. Pada tahun 1891 hingga tahun 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang terhadap pemerintah negerinya. Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah Inggeris. Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Beliau mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata. Beliau juga bersama dengan Wan Lingga telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini adalah disebabkan perselisahan faham antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad. Beliau juga menjadi ketua pasukan perang Sultan Ahmad dalam menentang penjajah Inggeris.


Golongan ketiga di negeri Pahang yang menjadi pemilik tanah yang penting dan berkuasa di kawasan-kawasan tertentu dikenali sebagai Orang Besar Raja. Golongan ini juga merupakan orang kesayangan istana tetapi bukan berketurunan bangsawan dan dinaikkan pangkat berdasarkan kepada kecekapan serta kemahirannya dalam bidang ketenteraan. Tok Gajah dan Tuan Sheikh Kechil merupakan dua orang tokoh yang terpilih mengikut kategori tersebut. Tok Gajah mempunyai pengaruh yang luas dan sangat dihormati serta ditakuti oleh orang-orang Inggeris. Beliau merupakan penasihat utama Sultan dalam segala yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu hal-hal yang berhubung dengan kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar.

1990-an sehingga sekarang




Beberapa projek telah dibangunkan pada tahun 1990an dan di antaranya ialah projek Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Menara Berkembar Petronas
Projek Menara Berkembar Petronas telah dilancarkan pada 15 September 1992 bersama dengan projek Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC). Menara berkembar ini mempunyai 88 tingkat di setiap menara dengan ketinggian 451.9 meter. Justeru, ia telah diiktiraf oleh “The Council on Tall Buildings and Urban Habitat” sebagai bangunan tertinggi yang baru di dunia, menjadikannya sebagai satu mercu tanda dunia yang terletak di Kuala Lumpur.


Menara Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur yang terletak 94 meter di atas paras laut dan mempunyai ketinggian 421 meter telah diiktiraf sebagai menara komunikasi yang ketiga tertinggi di dunia dan yang tertinggi di Asia. Menara Kuala Lumpur merupakan sebuah menara komunikasi bagi Malaysia dan dilengkapi dengan teknologi terkini bagi memenuhi keperluan teknologi yang kian meningkat di negara ini. Ia telah menjadi pusat tarikan pelancong kerana keunggulannya sebagai salah satu mercu tanda bagi bandaraya Kuala Lumpur dan juga negara. Menara ini merupakan satu kebanggaan yang baru bagi penduduk Malaysia dan menjadi satu ukuran kepada kemajuan negara dalam menuju Wawasan 2020.


Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terletak di Sepang, 75 kilometer di selatan Kuala Lumpur. Ia mula beroperasi pada bulan Jun 1998 dan merupakan lapangan terbang terbesar di Asia dengan keluasan yang mencecah 100 kilometer persegi. KLIA dibina bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan udara kepada 125 juta pengguna untuk 100 tahun yang akan datang.


Koridor Raya Mutimedia (MSC)
Satu lagi pencapaian Malaysia dalam usaha membentuk sebuah masyarakat yang berteknologi tinggi dan berindustri menjelang tahun 2020 ialah dengan pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC). Ia dibangunkan bagi membantu usahawan muda dan syarikat-syarikat yang baru bertapak yang memerlukan tunjuk ajar dan sokongan. Tapak Inkubator MSC yang seluas 7.65 ekar terletak di dalam kampus Universiti Multimedia. Pusat Inkubator MSC pula terletak di Cyberjaya, sebuah bandar bistari yang bersebelahan dengan bandar pusat pentadbiran kerajaan iaitu Putrajaya.

negara kita pada tahun 1990 dan seterusnya mencapai banyak perkembangan seperti..Menara Berkembar Petronas , Menara Kuala Lumpur, KLIA, Koridor Raya Multimedia (MSC)