Wednesday, February 27, 2008

Kerajaan Melayu Lama

Kerajaan Melayu Lama

Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan di mana kuasa pemerintahan terletak di tangan pemerintah dan pegawai-pegawai Melayu sepenuhnya. Pemerintah Melayu di Melaka berasal dari Singapura, iaitu selepas kekalahan Kerajaan Melayu Singapura di tangan Siam. Kesultanan Melayu Melaka telah bertahan lebih dari satu abad, bermula dari penghujung kurun ke –14 sehingga permulaan kurun ke-16, iaitu dari tahun 1394 sehingga tahun 1511. Di bawah kekuasaan pemerintah Melayu, Melaka bukan hanya menjadi sebuah kota perdagangan yang maju tetapi juga merupakan pusat penyebaran ajaran Islam kepada seluruh kepulauan Melayu. Selepas kejatuhan Empayar Seri Vijaya dan Majapahit di penghujung abad ke-14, Melaka telah meneraju dan mengekalkan pemerintahan Melayu di kepulauan Melayu. Kestabilan politik dan sistem perundangan yang adil berjaya menarik para pedagang dari segenap pelusuk kepulauan Melayu ke Melaka. Para pedagang dari China, benua kecil India, Pegu di Burma dan Tanah Arab juga telah datang ke Melaka untuk berdagang.



Kerajaan Melayu Lama



Pemerintah Pertama Melaka : Parameswara (1394-1414)

Parameswara merupakan seorang putera raja dari Palembang. Pada tahun 1390, baginda telah berkahwin dengan seorang puteri kepada Maharaja Majapahit dan menjadi pendukung setia kepada bapa mertuanya. Tidak lama kemudian, Parameswara telah mengingkari janji setianya kepada Maharaja Majapahit, yang terus menghantar panglima perangnya untuk menghalau Parameswara dari Sumatera. Parameswara melarikan diri ke Tumasek, iaitu nama lama Singapura bersama kaum keluarga dan pengikutnya. Pada waktu itu, Singapura di perintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh Raja Siam. Gabenor tersebut telah memberikan layanan yang baik kepada Parameswara tetapi Parameswara telah membunuh Gabenor itu beberapa hari kemudian dan mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah Singapura dan pulau-pulau di sekelilingnya. Parameswara telah memerintah Singapura selama lima tahun dengan cara pemerintahan seumpama seorang ketua lanun.
hai.. remaja..ah inilah kerajaan Melayu lama.. kerajaan Melayu Melaka adalah tempat yang pertama menarik penjajah asing.. anda yang lahir kat Melaka negeri yang bersejarah ini perlulah berbangga.. kita patut mengetahui sejarah negara kita. dulukan kakak memang tak minat untuk mempelajari sejarah tetapi selepas saya membawa sejarah negara kita saya amat terharu dengannya. jomlah kita mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Rintihan Kemerdekaan.


Kemerdekaan ini,
Satu anugerah Tuhan…sinaran keberkatan,
Satu nikmat…pancaran kesyukuran,
Memberikan kita wadah hikmah,
Penuh Sejarah,
Membawa seribu erti,
Mencalit seribu makna,
Tidak lagi…dibelanggu,
Tidak lagi…terbelenggu,
Oleh kuasa luar,
Nan jauh.

Kemerdekaan ini bukan mudah,
Bangsaku…
Tanah ini pernah meratap,
Tanah ini pernah menangis,
Tanah ini pernah meraung,
Demi pertiwi…
Biar putih tulang,jangan putih mata,
usah digundahkan,
Maruah bangsa mesti dipertahankan,
Demi tatapan generasi wawasan,

Berjanjilah bangsaku,
Pekalah dengan pengorbanan ini,
Isilah kemerdekaan ini dengan sewajarnya,
kitalah warga merdeka berjiwa besar,
Tanpa sekelumit gentar,
Bersemangat patriotisme!
Kelangsungan ini…
Marilah kita,
…hadapai panahan suria bersama,
…hadapi dingin hujan bersama,
…hadapi kilat banjir bersama,
Dengan asas yang dibina.

Kini masyhur harum menjulang nama,
Kini bangun-bangun pelangi penuh cita-cita,
Bumi merdeka,
Mekar Sinarnya,
Kemana-mana sahaja.


Oleh:

Nur Hazlina bt. Mohd Fisol

No comments: